http://www.pkokm.org.my/v1

KATA ALUAN PRESIDEN
ImageSepintas Lalu dari Presiden
Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia


Salam Sejahtera,


Terlebih dahulu saya mengucap syukur kepada Allah S.W.T kerana laman web rasmi Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) telah dapat di bangunkan dengan kerjasama pelbagai pihak. Ahli jawatankuasa Pertubuhan telah mengambil tindakan pro-aktif untuk menyediakan laman web PKOKM ini bagi memastikan ahli pertubuhan tidak ketinggalan untuk menerokai era teknologi multimedia.


Pertubuhan in sentiasa berusaha untuk mengadakan pelbagai program dan latihan yang boleh memberi manafaat kepada masyarakat kerdil di negara ini, Di samping itu, kami juga selalu memantau keadaan ekonomi persekitaran agar dapat mencari peluang pekerjaan dan perniagaan bagi ahli yang memerlukan.


Jesteru itu, ahli-ahli disarankan menggunakan laman web Pertubuhan ini bagi berkongsi maklumat atau memperluaskan jaringan persahabatan dengan ahli-ahli yang lain di seluruh negara. Laman web ini sepatutnya dijadikan medan tempat bertukar-tukar pendapat disamping menjadi cabang untuk memantapkan ekonomi ahli.


Laman web ini menyediakan ruangan Iklan seperti yang terdapat di akhbar-akhbar bagi tujuan memudahkan ahli untuk mengiklan secara percuma barangan atau perkhidmatan yang mereka sediakan. Ia juga akan menjadi landasan penyampaian maklumat dengan lebih cepat dan efektif terutama bagi aktivit-aktiviti tahunan Pertubuhan.


Dengan adanya laman web ini, badan-badan korporat dan orang peseorangan di jemput untuk menaja ruang – ruang iklan yang terdapat di Laman Sumbangsih. Sumbangan ikhlas ini akan dapat membantu kami membiayai program pembangunan dan aktiviti sosial kepada ahli.


Akhir kata saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dari pelbagai pihak yang telah memberi dorongan kepada Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia. Segala sumbangan dan perkhidmatan yang diberikan amatlah kami hargai.

 

Sekian.

Image

Jasmi Bin Shafie
Presiden
Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia

 

Menu Utama

Log Masuk Ahli






Hilang Kata laluan?
Tiada akaun lagi? Daftar

Shoutbox

Rem  Inshaallah namunkupunyahati, semuga kehadiran orang baru akan menambahkan seri dalam rumahtangga kamu.  
[8/22 
23:20]  

namunkupunyahati  salam kembali...di jangka selepas raya nie isteri saya akan bersalin...InsyaALLAH...semoga semuanya selamat... 
[8/17 
4:33]  

Rem  salam namunkupunyahati, dah jadi ayah lum? semuga kamu sekeluarga dalam keadaan sihat sejahtera, selamat berpuasa. 
[8/13 
22:26]  

intan  salam semua......semoga semua happy selalu... 
[8/5 
16:16]  

geniuslo84  Selamat menyambut awal Rahmadan.. *  
[8/4 
6:35]  

geniuslo84  Slmt sjtera.. 
[8/4 
6:35]  

namunkupunyahati  amualaikum semua...Apa khabar semua???harap sihat sejahtera...dah lama x p pkokm...sekarang bz ngan kelas...xder masa yang panjang untuk rehat...saya sentiasa mendoakan kesejahteraan anda semua..  
[8/3 
17:44]  

namunkupunyahati  Donkeyalamualaikum semua...Apa khabar semua???harap sihat sejahtera...dah lama x p pkokm...sekarang bz ngan kelas...xder masa yang panjang untuk rehat...saya sentiasa mendoakan kesejahteraan anda semua.. 
[8/3 
17:42]  

pura  haz ada fb pown nk cte.asal xbg id 
[7/16 
22:24]  

pura  ktgirl nie sebenarnye sapew??????????????? 
[7/16 
22:23]  

pura  heiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii 
[7/16 
22:22]  

liza  sape2 nk add facebook sy leh arr..sile2 kan...bumirose@yahoo.com.my 
[7/13 
22:23]  

liza  hai haz n pura 
[7/13 
22:20]  

liza  hai 
[7/13 
22:18]  

haz  aktiviti apa pula yg akan berlangsung nati kwan2....hehehe......... 
[6/30 
16:04]  

haz  cmana dengan aktiviti persatuan....semua berjalan lancar ke.... 
[6/30 
16:00]  

haz  lama x dgr berita u all semua.... 
[6/30 
15:59]  

haz  hai salam sejahtera kepada semua ahli pkokm... 
[6/30 
15:59]  

haz  sy ada FB 
[6/30 
15:58]  

pura  salam selamat hari bapa pd ahli pkokm yg bergelar bapa dan bakal jadi bapa jadilah bapa yg terbaik 
[6/26 
22:17]  

Speed: ( 1 )   -  +    R  

Sorry, only registered users can post shouts.

Aktiviti Terkini

Sun Oct 11 @08:00AM - 05:00PM
Kejohanan Tenpin Bowling Terbuka Orang Kerdil Malaysia 09
Sun Oct 18 @08:00AM - 05:00PM
Jamuan Hari Raya & Deepavali
Sun Dec 20 @08:00AM - 05:00PM
Cabaran Jati Diri 2
Sun Nov 21 @08:00AM - 05:00PM
Kejohanan Tenpin Bowling Terbuka Orang Kerdil Malaysia 2010
Wed Dec 01 @08:00AM - 05:00PM
Perlawanan Bolasepak Orang Kerdil Malaysia Vs Orang Mini Indonesia

Jumlah Pelawat


Turut Disokong

Innovative Technolution