http://www.pkokm.org.my/v1

SEJARAH PENUBUHAN
Bermula dari Pasukan Bolasepak Orang Kerdil Malaysia pada tahun 1983, dan setelah didapati ramai masyarakat kerdil yang tampil berdaftar menyertai psukan bolasepak, timbullah idea oleh beberapa orang artis kerdil seperti En. Nurul Kamal Mohd. Zainuddin, Allahyarham Amran Kenit, Ibrahim Pendek, serta beberapa orang lagi untuk menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Orang Kedil Malaysia, bertujuan membuka ruang keahlian kepada seluruh masyarakat kerdil lelaki dan wanita dari berbilang kaum di Malaysia.
Setelah menubuhkan Jawatankuasa penaja, dan memohon dari pihak berkaitan, Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia mendapat kelulusan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bagi bergerak secara sah pada 28hb Mei, 1984.

Pada 3hb Julai, 1984 Pertubuhan ini mengadakan Mesyuarat Agung Kali Pertama di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur, dirasmikan oleh Allahyarham Dato’ Senu Abdul Rahman, dengan adanya perjumpaan dikalangan masyarakat kerdil, Pertubuhan ini dapat mengenal pasti, masalah yang ditempuhi oleh setiap golongan masyarakat kerdil di Malaysia dan mengikut jumlah secara rambang masyarakat kerdil di Malaysia tidak kurang 2,000 orang terdiri beberapa kategori.

Pada awal tahun 1985, Jawatankuasa yang dilantik mengadakan perjumpaan dengan YB. Dato` Seri Abu Hassan Bin Omar, selaku menteri di Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia, bagi membincangkan masalah² yang dihadapi oleh golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Hasil perjumpaan yang diadakan seluruh masyarakat kerdil berasa gembira yang mana pihak Kementerian Kebajikan Masyrakat bersetuju memberi kemudahan kepada masyarakat kerdil sepertimana golongan orang kurang upaya yang lain, dan begitu juga masyarakat kerdil boleh memohon masuk di pusat kemahiran yang disediakan oleh kerajaan mengikut syarat² disediakan.

Setelah dikenal pasti walaupun adanya sebahagian masyarakat kerdil masih agak ketinggalan dalam berbagai bidang sebelum 80an, Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia berusaha untuk mengingkatkan lagi gaya hidup masyarakat kerdil dari masa ke semasa, dengan memgadakan kursus dan latihan terutamanya dalam bidang ekonomi, serta mendapatkan peluang pekerjaan dan perniagaan untuk mereka yang memerlukan.

Pada tahun 1997, Pertubuhan ini mengorak langkah dan diterima, menjadi ahli gabungan Majlis Paralimpik Malaysia, bagi memastikan masyarakat kerdil yang berminat dalam bidang kesukanan tidak ketinggalan, serta dapat mengetengahkan mereka dari peringkat kebangsaan ke Antarabangsa

Cogankata “Bersatu Teras Perpaduan”

Image


Dari kiri  :  Zainuddin bin Abd Hanan, Mohd. Ya'akub Mohd. Sidik, Nurul Kamal Mohd. Zainuddin, Jasmi Shafie, Zulkifli
                 Abd. Hanan, Zainal Abidin Abd. Majid
Berdiri   :  Ikhsan Hj. Sirat, Sobri Che Hasan, Pn. Latifah Md. Dom; Pegawai JKM,  Nara'e Hashim, Shafaridah Ariffin,
                Salwa Bidin & K. Supramaniam

 SIAPA ITU GOLONGAN KERDIL?

Masyarakat kerdil adalah sebahagian dari golongan orang kelainan upaya , mempunyai 2 kategori iaitu kerdil normal dan kerdil anggota.

  1. Bagi kategor kerdil normal , bentuk badan adalah normal dan mengikut saiz badan yang kecil serta ketinggian tidak lebih 142 cm ( 4'8") bagi lelaki 137 cm (4'6") bagi wanita setelah mencapai melebihi 16 tahun.

  2. Bagi kategori kerdil anggota dapat diketahui ketika berumur 1 tahun atau baru lahir , kerana mengikut saiz danlingkaran bentuk anggota badan.
  Image   Image
        A. Kerdil Normal
                 B. Kerdil Anggota

 

 

Menu Utama

Log Masuk Ahli






Hilang Kata laluan?
Tiada akaun lagi? Daftar

Shoutbox

Rem  Inshaallah namunkupunyahati, semuga kehadiran orang baru akan menambahkan seri dalam rumahtangga kamu.  
[8/22 
23:20]  

namunkupunyahati  salam kembali...di jangka selepas raya nie isteri saya akan bersalin...InsyaALLAH...semoga semuanya selamat... 
[8/17 
4:33]  

Rem  salam namunkupunyahati, dah jadi ayah lum? semuga kamu sekeluarga dalam keadaan sihat sejahtera, selamat berpuasa. 
[8/13 
22:26]  

intan  salam semua......semoga semua happy selalu... 
[8/5 
16:16]  

geniuslo84  Selamat menyambut awal Rahmadan.. *  
[8/4 
6:35]  

geniuslo84  Slmt sjtera.. 
[8/4 
6:35]  

namunkupunyahati  amualaikum semua...Apa khabar semua???harap sihat sejahtera...dah lama x p pkokm...sekarang bz ngan kelas...xder masa yang panjang untuk rehat...saya sentiasa mendoakan kesejahteraan anda semua..  
[8/3 
17:44]  

namunkupunyahati  Donkeyalamualaikum semua...Apa khabar semua???harap sihat sejahtera...dah lama x p pkokm...sekarang bz ngan kelas...xder masa yang panjang untuk rehat...saya sentiasa mendoakan kesejahteraan anda semua.. 
[8/3 
17:42]  

pura  haz ada fb pown nk cte.asal xbg id 
[7/16 
22:24]  

pura  ktgirl nie sebenarnye sapew??????????????? 
[7/16 
22:23]  

pura  heiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii 
[7/16 
22:22]  

liza  sape2 nk add facebook sy leh arr..sile2 kan...bumirose@yahoo.com.my 
[7/13 
22:23]  

liza  hai haz n pura 
[7/13 
22:20]  

liza  hai 
[7/13 
22:18]  

haz  aktiviti apa pula yg akan berlangsung nati kwan2....hehehe......... 
[6/30 
16:04]  

haz  cmana dengan aktiviti persatuan....semua berjalan lancar ke.... 
[6/30 
16:00]  

haz  lama x dgr berita u all semua.... 
[6/30 
15:59]  

haz  hai salam sejahtera kepada semua ahli pkokm... 
[6/30 
15:59]  

haz  sy ada FB 
[6/30 
15:58]  

pura  salam selamat hari bapa pd ahli pkokm yg bergelar bapa dan bakal jadi bapa jadilah bapa yg terbaik 
[6/26 
22:17]  

Speed: ( 1 )   -  +    R  

Sorry, only registered users can post shouts.

Aktiviti Terkini

Sun Oct 11 @08:00AM - 05:00PM
Kejohanan Tenpin Bowling Terbuka Orang Kerdil Malaysia 09
Sun Oct 18 @08:00AM - 05:00PM
Jamuan Hari Raya & Deepavali
Sun Dec 20 @08:00AM - 05:00PM
Cabaran Jati Diri 2
Sun Nov 21 @08:00AM - 05:00PM
Kejohanan Tenpin Bowling Terbuka Orang Kerdil Malaysia 2010
Wed Dec 01 @08:00AM - 05:00PM
Perlawanan Bolasepak Orang Kerdil Malaysia Vs Orang Mini Indonesia

Jumlah Pelawat


Turut Disokong

Innovative Technolution